Amalan
5S merupakan konsep asal diadaptasi dari Jepun dan
dilaksanakan sejak tahun 80-an. Amalan 5S terdiri daripada Sisih, Susun, Sapu,
Seragam dan Sentiasa Amal. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah melaksanakan
Amalan 5S bermula pada tahun 2006 sehingga pada tahun 2009 ia telah
dipersijilkan. Manakala pada tahun 2012, JPN telah berjaya memperolehi
Pensijilan 5S1JPN.
Selaras dengan penjenamaan EKSA yang diperkenalkan oleh
MAMPU untuk melahirkan persekitaran kerja yang kondusif dan membudayakan Go
Green, JPN di dalam Mesyuarat Persijilan bersama MAMPU pada 2 April 2015 telah
bersetuju untuk menjenamakan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S 1JPN kepada
EKSA.
No comments:
Post a Comment